Pakej tour
Jelajahi
Sumatera Barat
PDG - BKT
4 HARI 3 MALAM
- 4 Days/ 3 Nights
DAY 1 (-/L/D)
Kuala Lumpur – Padang – Bukittinggi
Rombongan berkumpul di KLIA2 untuk urusan daftar masuk sebelum penerbangan ke Padang (BIM). Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, rombongan akan disambut oleh wakil tempatan dan memulakan lawatan.
Lawatan dimulakan ke Pantai Air Manis, terkenal dengan legenda Batu Malin Kundang, sambil menikmati pemandangan pantai. Seterusnya, rombongan meneruskan lawatan bandar Padang dengan singgah di Masjid Raya Sumatera Barat, mercu tanda utama dan kebanggaan masyarakat Minangkabau.
Perjalanan diteruskan menuju Bukittinggi melalui laluan pergunungan yang indah. Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan. Dalam perjalanan, rombongan singgah untuk menikmati dan membeli ole-ole khas Bika Talago.
Rombongan seterusnya mengunjungi Desa Pandai Sikek, pusat penghasilan songket Minangkabau, untuk aktiviti membeli-belah kraftangan tradisional.
Pada waktu malam, makan malam dihidangkan di restoran tempatan, kemudian rombongan daftar masuk hotel di Bukittinggi.
Program malam: Free & Easy.
DAY 2 (-/L/D)
Bukittinggi – Pandai Sikek – Batusangkar – Bukittinggi
Selepas sarapan pagi di hotel, rombongan memulakan lawatan dengan singgah ke Bika Talago, sambil melihat kilang kain dan kraftangan tradisional.
Perjalanan diteruskan ke Desa Pandai Sikek, pusat tenunan songket Minangkabau, untuk aktiviti membeli-belah. Seterusnya, rombongan melawat kilang kraftangan kulit, melihat pembuatan pelbagai produk kulit tempatan.
Rombongan kemudian menuju ke PDIKM (Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau) di Batusangkar, dengan peluang memakai pakaian adat Minangkabau serta sesi bergambar.
Makan tengah hari disajikan di restoran tempatan. Selepas itu, rombongan melawat Kilang Kopi Kiniko untuk melihat proses pembuatan kopi tradisional dan membeli produk kopi.
Lawatan diteruskan ke Pusat Ole-ole Kerupuk Sanjai, snek terkenal Bukittinggi, sebelum menikmati makan malam di restoran tempatan.
Kembali ke hotel.
Program malam: Free & Easy.
